Saturday 22 July 2017

TIPS / PRINSIP SUSUNAN ATUR DAPUR (HOW TO ARRANGE YOUR KITCHEN LAYOUT)

- Info Untuk Anda -
Satu prinsip utama untuk membentuk susun atur dapur (Kitchen Layout) adalah Zon Kerja Segitiga Dapur (Kitchen Work Triangle). Zon kerja segitiga dapur termasuk zon penyimpanan, penyediaan makanan dan pembersihan.
Garis panduan zon kerja segitiga dapur ini dapat membantu kita untuk memastikan aliran kerja dalam dapur adalah lancar, tanpa halangan. 
Garis panduan membentuk tiga zon ini supaya ia tidak terlalu jauh daripada satu sama lain dan tidak terlalu dekat antara satu sama lain agar menjamin keselesaan anda sewaktu menggunakan ruang dapur tersebut.
Garisan di antara tiga zon kerja ini tidak boleh melebihi jumlah
jarak 6 meter.Jarak yang sesuai di antara poin kerja ialah 90 cm.
Zon kerja segitiga dapur mengaitkan tiga zon kerja utama di dapur iaitu storan / penyimpanan (peti sejuk dan storan kering), mencuci (sink, membasuh pinggan mangkuk) dan memasak (hob, ketuhar, ketuhar gelombang mikro).
Meletakkan tiga zon kerja dengan betul adalah penting untuk mendapatkan segi tiga kerja yang ergonomik dengan aliran
kerja semulajadi dan semuanya mudah dicapai.Disini kami tunjukkan beberapa petua asas untuk dipertimbangkan apabila merancang zon kerja segitiga anda:-
Zon Memasak
Elakkan melintas dapur membawa periuk dan kuali yang panas.
Fikirkan untuk meletakkan ketuhar dan hob berdekatan sink
dan bahagian atas kerja.
Zon Mencuci
Sink anda adalah tempat yang penting. Rancang agar peti sejuk anda berdekatan untuk memudahkan penyediaan makanan. Juga berdekatan dengan hob memudahkan anda membilas pasta dan sayur-sayuran.
Zon Storan / Penyimpanan
Untuk penyimpanan, pastikan anda mempunyai cukup storan untuk semua bahan makanan, termasuk bahan makanan kering di dalam peti sejuk.
Bahagian atas kerja berdekatan kabinet tinggi dan peti sejuk memudahkan anda mengemaskan barang-barang yang baru dibeli.
Susun Atur Dapur yang pupular dan bersesuaian dengan keadaan rumah di Malaysia dibahagikan seperti berikut :-
- One Wall Kitchen Layout
- L-Shaped Kitchen Layout
- Galley Kitchen Layout
- U-Shaped Kitchen Layout
- Kitchen Layout with Island






No comments:

Post a Comment