Thursday 3 August 2017

10 TIPS DAPUR AGAR KEMAS, BERSIH DAN RAPI.

sumber : Google Image

Dapur merupakan kawasan dalaman rumah yang terpenting bagi menyediakan makanan dan mengolah makanan. Disebabkan fungsi dan kegunaan dapur yang kerap menyebabkan dapur cepat kotor dan berantakan. Pesekitaran dapur perlulah sentiasa dalam keadaan kemas dan teratur kerana ianya juga mempengaruhi kesihatan isi rumah. Oleh itu REGO menyediakan 10 tips yang boleh diaplikasikan diruang dapur anda agar kelihatan kemas, teratur dan bersih.

       
sumber : Google Image

1. BERSIHKAN DAN KOSONGAN TEMPAT CUCIAN PIRING

            Pekara asa pertama yang boleh dilakukan untuk menjaga dapur ialah dengan memastikan pinggan,cawan dan kotoran yang terdapat di sinki dibersihkan. Jika memasak pastikan cuci pinggan dan cawan dan jangan menangguh menyebabkan kuantiti pinggan dan cawan di sinki bertambah banyak. Ianya menyukarkan proses pembersihan. Selesai membasuh pinggan dan cawan, bolehlah melakukan pembersihan keatas sinki dengan menggunakan peralatan pembersihan dan sabun khas.


sumber : price.mjstarr & amazon.com


2. RAWAT PERALATAN MEMASAK

             Kebiasaanya peralatan memasak dibasuh ala kadar dan tidak secara bersih yang total. Ini kerana terdapat sebilangan peralatan yang masih lagi mengandungi sisa makanan. Hal ini menyebabkan sisa makanan yang masih terdapat pada peralatan masakan akan menyebabkan peralatan masakan itu berkarat dan tidak dalam keadaan bersih dan diperaguhi kebersihannya. Terdapat tips mudah untuk menanggalkan sisa kotoran itu dengan merendam peralatan masakan tersebut bersama air hangat yang dicampur bersama serbuk baking soda untuk semalam. keesokannya boleh dibilas dan dikeringan.


sumber: can shock photo & hubpages.com


3. MERAWAT PISAU DAN PAPAN POTONG

             Selain menjaga kebersihan dan persekitaran dapur, penjagaan pisau dan papan memotong juga penting. Ini kerana pisau yang berkarat dan papan pemotong yang telah lama akan mengundang penyakit dan baktria. Jangan mengambil ringan dengan keadaaan ini. Selain mahu memiliki persekitaran dapur yang kemas, bersih dan teratur, hendak lah juga memastikan peralatan dapur masih dalam keadaan baik.


Sumber : velmale.com & coolmaterial.com 


4. MEMBERSIHKAN KOMPOR

             Selesai memasak pastikan kompor dan kawasan persekitarannya dibersihkan bagi mengelakkan kawasan kompor menjadi hitam dan berkerak. Pastinya terdapat sisa makanan dan sisa minyak disekitar kompor. Disarankan agar pembersihan dilakukan sesudah proses memasak. Hal ini juga mencegah kawasan kompor dihinggap lalat yang akan mengundang pelbagai jenis penyakit. Permukaan kompor yang kotor akan mencacatkan permandangan dapur anda. Terdapat pelbagai alat dan sabun khas bagi menanggalkan kotoran yang boleh digunakan untuk membantu anda membersihkan  kompor anda. Tips tambahan jika terdapat sisa minyak dipermukaan kompor, taburkan tepung gandung agar minyak tersebut bergaul dengan minyak tersebut. Kemudian boleh dibersihkan.


Sumber : hello-pet.com & mobilespace.com


5. CUCI SEMUA PERKAKAS SETELAH MEMASAK

          Kebanyakkan pengguna yang mengunakan pekakas barangan di dapur tidak kesemuanya membasuh pekakas yang dipakai. Ada dikalangan mereka akan membiarkan pekakas yg digunakan dan membasuhnya apabila mahu menggunakannya semula. Tabiat ini tidak baik dan tidak digalakkan. Bagi anda yang mahu keadaan persekitaran dapur rapi dan tersusun amatlah digalakkan mencuci smula pekakas yang telah digunakan dan tidak menangguhkannya. Ianya jugak untuk mengelak kerja yang bertambah dikemudian hari.


Sumber : selectech.co.za & samsung.com

6. GUNAKAN PEMBERSIH YANG TEPAT

             Untuk menbersihkan dapur gunakan alat dan bahan pembersih yang tepat. Penggunaan kain, berus dan sabun jgk membantu dalam menanggalkan kotoran. Selain itu teknik membersih juga mempengaruhi keberkesanan keatas kotoran. Penggunaan alatan dan kaedah yang salah akan menjadikan persekitaran dapur kelihatan lagi kotor.


Sumber : bukalapak.com & id.aliexpress.com

7. SUSUN PERKAKAS DAPUR

          Penyusunan peralatan dapur memberi impak yang penting dalam membantu dapur kelihatan kemas dan rapi. Selain itu susun atur juga mempengaruhi ruangan dapur itu sendiri. Penyusunan barangan yang kecil dan besar perlulah di asingkan. Ianya memudahkan proses pencarian jika ingin menggunakan peralatan tersebut. Selain itu,nama peralatan dapur juga boleh dilabelkan dibahagian luarnya. Kekemasan dan susunan itu juga memerlukan kerativiti.



Sumber : spaceshistories.com / lifestyle.liputan6.com/ impian.my

8. TEMPAT BUANGAN SAMPAH

             Tempat pembuangan sampah adalah kawasan yang perlu ada didalam sesebuah rumah. Ini kerana setiap isi rumah akan menghasilkan sampah dan memerlukan kawasan untuk mengumpul segala sisa kotoran. Peralatan yang sesuai bagi mengumpul sisa kotoran amat penting agar tiada benda asing yang kelihatan dan bau-bauan yang boleh dihidu. Kedudukan kawasan pembuangan sampah juga membantu anda dalam proses mengangkat dan mengalihkan sisa kotoran. Peralatan pembuangan sampah yang beroda juga membantu dalam proses pengalihan sisa kotoran.


Sumber : spectrum-paint.com & alatkesehatan.id

9. TEKNIK MEMASAK

          Apabila berada di dapur, teknik memasak dan mengendalikan peralatan amat penting bagi menjaga persekitaran dapur agar kemas dan rapi. Terdapat segelintir penghuni mempunyai tabiat buruk ketika memasak. Hal ini menyebabkan keadaan dapur menjadi tidak kemas dan kotor. Setiap individu mempunyai kemahiran memasak yang berbeza. Namun tidak semua individu mempunyai kerajinan yang sama bagi mengemas dapur sesudah memasak. Hal ini dapat dilihat melalui permasaalahan yang sering kali timbul apa bile berhadapan dengan kotoran degil.



Sumber : sadtube.com / dapurhalal.com / id.theasianparent.com

10. DEKORASI DAPUR

           Bagi pencinta dapur dan gemar memasak, pastinya akan selalu menjaga kebersihannya. Anda juga boleh mndekorasi dapur anda dengan sesuatu yang baru contohnya, lukisan, gubahan bunga dan pelbagai lagi bahan hiasan yang boleh di aplikasi di bahagian dapur. Dengan mendekorasi dapur anda, ianya akan mempengaruhi mood individu itu sendiri apabila berada di kawasan dapur itu. Hal ini memberi kesan yang positif dalam sesebuah rumah. Persekitaran yang kemas,teratur dan rapi mampu membangkitkan aura positif dan mampu menarik minat isi rumah untuk menghabiskan masa bersama diruangan tersebut. Ianya juga sedikit sebanyak merapatkan perhubungan ahli keluarga itu sendiri. Kekemasan dan kebersihan amatlah penting dalam rutin harian kita. Maka dengan melatih diri menjadi individu yang kemas,bersih dan teratur amat digalakkan.





   










       

No comments:

Post a Comment